
� Mempunyai sifat "malas" yang menjadi musuh utama kejayaan.
- Sifat malas tidak akan menguntungkan diri anda! Bahkan akan memusnahkan segala masa depan anda. Jadi HINDARIlah diri daripada sifat ini.
� Tidak bermotivasi.
- Motivasi adalah dorongan utama agar seseorang dapat menempuhi segala cabaran. Sebagai pelajar, cuba mengesan bagaimana hendak memotivasikan diri anda .
� Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.
- Ilmu adalah kunci kejayaan seseorang. Demi mendapatkan kunci ini, belajarlah bersungguh-sungguh….
� Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
- Janganlah sekali-kala menjadi orang yang gagal sebagai teladan anda. Sebaliknya anda mesti mengguna contoh kegagalan ini sebagai satu amaran agar anda tidak membuat kesalahan yang sama.
� Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
- Anda mestilah memaksakan diri anda agar menghadapi masalah ini. Melalui pembelajaran inilah anda dapat menikmati asas pendidikan yang sistematik
� Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
- Perancangan/teknik pembelajaran agaklah mustahak. Jadi jangan belajar secara babi buta sahaja tetapi anda mestilah memilih cara pembelajaran yang paling bersesuaian kepada anda.
� Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.
- Anda perlu pandai memilih kawan. Masa itu wang, sekiranya anda asyik terpengaruh oleh ajaran negatif tanpa disedari oleh anda sendiri, maka masa depan akan musnah begitu sahaja…..
� Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
- Sebagai pelajar yang bertanggungjawab, anda diwajibkan mengulang kaji semua mata pelajaran anda setiap hari. Sekiranya anda gagal melakukan perkara ini, maka bersedialah untuk kamu menjurus ke arah yang gagal.
Ciri-ciri lain yang akan mendorong seseorang pelajar menuju ke arah kegagalan termasuklah :-
� Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.
� Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.
� Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
� Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
� Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.
� Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.
� Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.
� Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
� Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.
� Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
� Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.
� Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.
� Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.
� Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
� Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
0 comments:
Post a Comment