CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 26 February 2013

~Program Mentor Mentor Mentee tingkatkan akademik murid~


KEPENTINGAN MENTOR MENTEE




Kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik boleh dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi selepas ini dengan adanya usaha serius daripada pihak ibubapa dan guru untuk menjayakan perlaksanaan program Mentor Mentee di sekolah masing-masing.
Matlamat utama diadakan Program Mentor Mentee ialah untuk mewujudkan saluran perhubungan untuk membolehkan murid mengadu sebarang masalah khususnya dalam hal-hal akademik. Murid bertanggungjawab untuk memahami dan memenuhi keperluan kurikulum pengajiannya dan hendaklah mendapatkan nasihat sewajarnya. Usaha sedemikian perlu dilaksanakan bagi membantu murid mengatasi kelemahan yang dihadapi dalam aspek akademik secara berterusan.

 Selain dari itu juga, sistem ini akan mengeratkan hubungan antara murid dengan mentor. Murid  dan mentor hendaklah berjumpa atau membuat pertemuan apabila perlu untuk berbincang mengenai program pengajian dan hal-hal lain yang berkenaan.






 Guru yang berperanan sebagai Mentor dalam program ini hendaklah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap orang Mentee bagi setiap mata pelajaran di kelas di samping merancang, menyusun, membimbing dan memantau perkembangan pembelajaran mereka di bawah pengawasan masing-masing.

Manakala ibubapa pula menerusi program ini hendaklah sentiasa bertindak memantau perkembangan akademik anak-anak di rumah dengan menyemak segala kerja rumah mereka bagi membolehkan wujudnya keseimbangan di antara sesi pembelajaran di sekolah dan sesi pembelajaran dalam rumah mereka.

Antara nilai-nilai murni yang diharap dapat disematkan dalam program ini adalah;


1) Berkenalan


Jika sebelum ini, Mentor dan Mentee kurang mengenali antara satu sama lain, dengan program ini, diharap mereka akan lebih saling mengenali. Sebagaimana petikan Surah al-Hujurat ayat 13;


Wahai manusia, Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu kepada bangsa dan puak, supaya kamu boleh mengenal antara satu sama lain.


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا



Nilai murni yang lain pula adalah;


2) Bekerjasama ke arah kebaikan

Apabila Mentor membantu pelajar-pelajar lain yang lemah dalam subjek pelajaran tertentu maka ia satu adalah amalan baik. Dengan adanya program Mentor Mentee ini, diharap dapat memupuk para pelajar dalam mengerjakan amalan baik. Sebagaimana dalam petikan Surah al-Maidah ayat 2;


Bekerjasamalah dalam amalan baik dan ketaqwaan, dan janganlah bekerjasama dalam dosa dan kebencian.


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Sunday 27 January 2013

~TanPa GurU..siaPaLah kita Hari ini~




~Anak-anak cikgu sekalian, ingatlah.....


sayangi cikgu-cikgu kita...

tanpa guru, siapalah kita pada hari ini....

esok 

dan 

seterusnya...



Guru adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut sahaja perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya, pasti akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, menunjukkan kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan.
Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu.  Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang.
Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu."(An-Nisa' :59)
Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.
Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.
Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)
Kebelakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan guru. Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah berkata, "Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku." Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.
Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru.
Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah diriterhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan  guru dalam setiap urusan mereka.
Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t.
Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan "engkau" dan"awak".  Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.
Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.
Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat. Ibnu 'Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan.
Begitulah hormatnya ulama' dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah.




Saturday 29 December 2012

~DOA~


Assalamualaikum kepada pelajar-pelajar  sekalian….
Kali ini cikgu  lampirkan beberapa doa ketika belajar yang boleh dijadikan amalan kita bersama-sama. Semoga ilmu yang kita pelajari mudah difahami , dimengerti dan berkekalan.
1. Surah al-Fatihah:- Doa pembuka segala urusan (nasihat daripada Ustaz Syed Abdillah Al-Jufri)
2. Surah aL ‘Alak  (Ayat 1 – 5) – Anak kunci segala ilmu
(Nasihat daripada Ustaz Syed Abdillah Al Jufri)

3. Surah Asy-Syarh – Untuk melapangkan dan melegakan hati
(Nasihat daripada Ustaz Syed Abdillah Al Jufri dan Ustaz T.M. Fouzy Jumat)
4. SELAWAT NABI S.A.W – Doa terang hati
Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.
(Nasihat daripada Allahyarham Habib Muhammad Bin Saleem Al Atas dan Allahyarham Syed Abdullah Assogoff)
5. SELAWAT NABI S.A.W. – Doa terang hati
“Ya Allah restulah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad hamba-Mu dan pesuruh-Mu yang ummi dan  atas keluarga dan sahabat Baginda semuanya.”

Wednesday 26 December 2012

CARA MUDAH MENGUASAI BAHASA INGGERIS




1.Update Status Guna Bahasa Inggeris
Masa update status kat facebook, guna la bahasa inggeris sikit-sikit..bukan nak berlagak tapi cara ni membantu korang untuk mengarang ayat dalam bahasa inggeris secara spontan.

2. Cakap Depan Cermin 
Duduk depan cermin dalam bilik cakap la bahasa inggeris sorang-sorang..bukan beerti korang meroyan atau buang tabiat tapi ni dapat melatih untuk berkomunikasi di hadapan orang lain. Nanti takde la tersasul nak sebut..hehehe

3. Tulis Vocab
Ambil kertas dan tulis tajuk yang korang pilih sendiri. Contoh : "things i like about my boyfriend". Tulis seberapa banyak vocab yang berkaitan dengan tajuk yang korang pilih tu. Contoh : My boyfriend ---------> 1. handsome 2. sensitive.............


Rajin-rajin la baca surat khabar dalam bahasa inggeris seperti the star atau majalah seperti reader's digest..kalau ada ayat yang tak faham, boleh rujuk kamus. 

5. Selalu Guna Kamus

Kalau korang malas nak bukak kamus yang tebal tu, install je dekat handphone korang lagi senang. Jumpa je perkataan yang tak faham terus boleh check makna dan hafal.

6. Buat Buku Khas Tulis Vocab
4. Baca Surat Khabar Bahasa Inggeris  
Setiap kali korang jumpa perkataan yang tidak tahu maksudnya, rujuk kamus dan tuliskan dalam buku khas . Tulis perkataan dengan maksud sekali dengan contoh ayat. Sebab kalau korang tahu makna pun tak tahu contoh ayat susah jugak. 

7. Belajar Grammar Budak Sekolah Rendah  
Speaking tanpa guna grammar yang betul boleh tunggang langgang ayat. Kalau korang takde basic grammar lagi aku suggest cari buku grammar budak sekolah rendah sebab mudah faham. Kalau ada orang tanya nape baca buku budak sekolah rendah cakap la “Oh…saya tengah baca ni untuk ajar anak jiran saya….” sambil menunjukkan muka confident..kekeke 

8. Selalu Tengok Movie Omputeh  
Kalau korang suka tengok movie omputeh, ambik remote astro dan terus tukar sari kata dari bahasa melayu ke bahasa inggeris. Sambil tengok movie tu korang pun boleh belajar cara nak sebut perkataan dengan betul. 

9. Tengok Oh My English!  
Cerita ni pun memang tunjukkan pelajar-pelajar kita kurang mahir menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian. Last-last diorang dapat pulak cikgu Mat Salleh.

10. Cuba Buat Entri Dalam Bahasa Inggeris
 

Cuba la buat satu dua entri dalam bahasa inggeris. Jangan fikir kalau buat entri English, mungkin takde orang nak baca. Kalau entri korang tulis tu menarik, konpem ada orang akan baca jugak. Buat ayat sendiri dalam bahasa inggeris, no copy paste ye. Kalau ada yang silap, jangan malu, bukannya jumpa face to face pun..maybe ada orang lain yang sudi betulkan yang salah.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG


OPTIMISTIK



 Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan member suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'


JANGAN BERSIKAP PESIMISTIK

 Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu. 

KESEDARAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB

 Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masaakan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan Negara pada masa akan dating bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pastiakan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

 TUMPUAN SEPENUH HATI

 Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajara dalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri. MULAKAN DARI AWAL Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira samaada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang Berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidanterjun' kedewan peperiksaan.

 SENTIASA BERSEDIA 

 Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang Berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlangakan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!' 

LENGKAPKAN PERALATAN

 Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan.

DOA PENERANG HATI


Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat Mu
Dan limpahkanlah ke atas kami khazanahMu
Wahai tuhanku Yang MahaPemurah lagi Maha Penyayang
Wahai tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku
Wahai tuhanku, lapangkanlah dada ku dan mudahkanlah urusan ku




RAHSIA DI SEBALIK PENGURUSAN MASA

1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.

2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)

3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.

4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)

5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)

6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)

7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)

8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)

9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)

10.Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)

11.Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)

12.Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)


13.Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)

14.Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)

15.Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)

16.Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)

17.Masa berada dalam bas ( baca kad nota)

18.Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)

19.Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)

20.Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)