CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 26 February 2013

~Program Mentor Mentor Mentee tingkatkan akademik murid~


KEPENTINGAN MENTOR MENTEE




Kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik boleh dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi selepas ini dengan adanya usaha serius daripada pihak ibubapa dan guru untuk menjayakan perlaksanaan program Mentor Mentee di sekolah masing-masing.
Matlamat utama diadakan Program Mentor Mentee ialah untuk mewujudkan saluran perhubungan untuk membolehkan murid mengadu sebarang masalah khususnya dalam hal-hal akademik. Murid bertanggungjawab untuk memahami dan memenuhi keperluan kurikulum pengajiannya dan hendaklah mendapatkan nasihat sewajarnya. Usaha sedemikian perlu dilaksanakan bagi membantu murid mengatasi kelemahan yang dihadapi dalam aspek akademik secara berterusan.

 Selain dari itu juga, sistem ini akan mengeratkan hubungan antara murid dengan mentor. Murid  dan mentor hendaklah berjumpa atau membuat pertemuan apabila perlu untuk berbincang mengenai program pengajian dan hal-hal lain yang berkenaan.






 Guru yang berperanan sebagai Mentor dalam program ini hendaklah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap orang Mentee bagi setiap mata pelajaran di kelas di samping merancang, menyusun, membimbing dan memantau perkembangan pembelajaran mereka di bawah pengawasan masing-masing.

Manakala ibubapa pula menerusi program ini hendaklah sentiasa bertindak memantau perkembangan akademik anak-anak di rumah dengan menyemak segala kerja rumah mereka bagi membolehkan wujudnya keseimbangan di antara sesi pembelajaran di sekolah dan sesi pembelajaran dalam rumah mereka.

Antara nilai-nilai murni yang diharap dapat disematkan dalam program ini adalah;


1) Berkenalan


Jika sebelum ini, Mentor dan Mentee kurang mengenali antara satu sama lain, dengan program ini, diharap mereka akan lebih saling mengenali. Sebagaimana petikan Surah al-Hujurat ayat 13;


Wahai manusia, Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu kepada bangsa dan puak, supaya kamu boleh mengenal antara satu sama lain.


يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا



Nilai murni yang lain pula adalah;


2) Bekerjasama ke arah kebaikan

Apabila Mentor membantu pelajar-pelajar lain yang lemah dalam subjek pelajaran tertentu maka ia satu adalah amalan baik. Dengan adanya program Mentor Mentee ini, diharap dapat memupuk para pelajar dalam mengerjakan amalan baik. Sebagaimana dalam petikan Surah al-Maidah ayat 2;


Bekerjasamalah dalam amalan baik dan ketaqwaan, dan janganlah bekerjasama dalam dosa dan kebencian.


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ