CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 25 December 2012

MEMBACA DENGAN EFEKTIF

5  Tips membaca dengan berkesan dan efektif



1. Elakkan daripada membaca secara berterusan dan tidak berhenti. Berhenti seketika dan ujilah pemahaman anda setakat yang dibaca.
2. Gunakan teknik 1H dan 6W untuk mencari isi-isi penting. Ketika membaca cuba cari isi-isi yang dapat dikaitkan dengan 7 perkara tersebut.

  • How
  • Who
  • Where
  • Why
  • What
  • When
  • Which
3. Garis isi-isi penting. Pembacaan tanpa perbuatan hanya akan membuatkan anda cepat mengantuk. Oleh itu gerakkan jari anda dengan mengaris atau menyalin isi penting.
4. Gunakan bantuan alat pembelajaran yang lain. Contohnya seperti pen, highlighter untuk membant anda.
5. Elakkan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum sesi pembelajaran. Makanan yang diambil secara berlebihan akan menyebabkan kandungan oksigen lebih banyak ke bahagian perut berbanding otak.

BELAJAR BERKUMPULAN


:-)Tidak dinafikan bahawa belajar berkumpulan merupakan salah satu kaedah yang efektif selain belajar bersendirian. Ia membolehkan perkongsian matlamat dengan lebih pantas kerana komunikasi 2 hala dapat dijalankan dengan segera jika terdapat sebarang persoalan. Berbanding belajar secara individu, seseorang mungkin terpaksa mengambil masa yang agak panjang jika soalan itu sukar dijawa
Selain itu, belajar berkumpulan sangat sesuai dijalankan untuk mempercepatkan proses pemahaman terhadap sesuatu pelajaran. Kesimpulannya, jika anda merasakan bahawa anda agak mengambil masa untuk memahami sesuatu subjek, maka jalan terbaik adalah dengan belajar berkumpulan.

Dibawah disenaraikan tips belajar berkumpulan.
1.    Pastikan saiz kumpulan tidak terlalu besar. Kumpulan yang terdiri daripada 3-5 ahli amat bersesuaian.
2.    Fokus pada tajuk yang ingin dibincangkan.
3.    Elakkan terpesong daripada tajuk. Seseorang perlulah memainkan peranan sebagai ‘ketua’ untuk memastikan mereka sentiasa fokus pada perbincangan.
4.    Baca tajuk yang ingin dibincangkan terlebih dahulu walaupun anda tidak memahaminya. Sekurang-kurangnya anda mendapat gambaran keseluruhan mengenai tajuk tersebut.
5.    Tentukan masa, tempat dan tarikh yang bersesuaian dengan ahli.
6.    Bentangkan tajuk dengan serius.
7.    Buka sesi soal jawapan selepas tamatnya pembentangan.
8.    Elakkan perasaan kurang senang dengan ahli anda. Elakkan melibatkan masalah peribadi.
9.    Saling memberi dorongan antara satu sama lain.Dengan ini akan wujudnya semangat ingin melihat setiap ahli berjaya dalam kumpulan tersebut.

MATLAMAT BELAJAR


Sebagai pelajar punyailah matlamat yang ingin dicapai dalam peperiksaan. Smart student mempunyai matlamat. Ini penting supaya aktiviti pembelajaran berjalan dengan lancar dan anda tahu apa yang perlu dilakukan. Tanpa matlamat, anda seolah-olah hanya terapung di lautan tanpa tahu arah yang  perlu ditujuui.
Tips membuat matlamat untuk peperiksaan. :-)
1.    Tentukan matlamat anda.
-tentukan jenis dan tahun peperiksaan tersebut. UPSR, PMR, SPM
-tentukan berapa A yang anda hendak. Berapa B yang anda hendak dan seterusnya
2.    Susun subjek tersebut
-susun subjek mengikut kepentingannya. Beri perhatian kepada subjek yang wajib anda ‘score’ dan beri juga tumpuan kepada subjek yang sukar untuk anda capai berbanding subjek lain.
3.    Tuliskan prestasi semasa anda.
- setiap kali ujian atau peperiksaan kecil yang anda ambil, catatkan markahnya di ruang khas. Ini bertujuan supaya anda tahu keadaan prestasi semasa anda. Ini memberikan isyarat kepada anda bahagian apa yang perlu ditumpukan dan bahagian yang mana boleh dikurangkan.
4.    Tulis gred yang diingini
-pastikan anda menulis gred yang dikehendaki. Letakkan ia di tempat yang mudah dilihat.
5.    Nyatakan sebab
-untuk menyalakan kemahuan yang tinggi untuk berjaya anda memerlukan sebab. Semakin kuatsebab tersebut, maka semakin bersemangat anda untuk merealisasikannya. Oleh itu ketahuilah sebab anda ingin berjaya.

Monday, 24 December 2012

SOALAN TOV TERENGGANU 2010

DOWNLOAD SOALAN TOV TERENGGANU 2010
Bahasa Melayu Pemahaman
Bahasa Melayu Penulisan